Mengapa Ibu Bapa Memilih Kami
Mengenai Kami
Pusat Tuisyen Restu EQ terletak di Sungai Petani, Kedah, menawarkan pendidikan tambahan ransangan yang memberikan pembelajaran efektif untuk pelajar sekolah untuk lebih cemerlang dalam akademik.
Kami mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam industri pendidikan serta mempunyai kelulusan dan tauliah yang diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Di pusat tuisyen kami, terdapat tiga tahap pembelajaran iaitu tahun 1 hingga 6, tingkatan 1 hingg 3 dan tingkatan 4 dan 5. Antara subjek yang kami tawarkan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Sejarah.
Program Kami
Teknik Pembelajaran Terkini
Kami memperkenalkan teknik pembelajaran terkini mengambil contoh pembelajaran antarabangsa yang menekankan aspek kemahiran berfikir aras tinggi.
Di Pusat Tuisyen Restu EQ, kami bawakan tenaga pengajar yang mempunyai rekod cemerlang dalam mengajar khas untuk memberikan dan mengajarkan teknik menjawab soalan peperiksaaan terkini.
Fokus & Berinovasi
Fokus & Berinovasi adalah asas kepada penubuhan Pusat Tuisyen Restu EQ, dimana kami menghadkan pengambilan pelajar dalam satu kelas untuk memberikan fokus yang lebih kepada pelajar.
Selain itu, kami sentiasa berinovasi dengan teknik pembelajaran selari dengan permintaan semasa.
Responsif & Bertanggungjawab
Kami sentiasa bersikap responsif terhadap pelajar-pelajar kami untuk memberikan yang terbaik. Kami respon dan berwaspada terhadap tahap penerimaan pembelajaran yang kami bawakan.
Kami juga bertanggungjawab untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokan dengan kaedah kreatif yang mampu menarik minat pelajar terhadap subjek yang dipelajari.
Konsep Pembelajaran
Pembelajaran 'small group'
Di Pusat Tuisyen Restu EQ, kami memperkenalkan konsep pembelajaran 'small group' dimana maksimum 10 orang pelajar sahaja dalam sesebuah sesi. Ini adalah kerana mahu memberi fokus yang lebih kepada pelajar untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
*Gambar sekadar hiasan
Kelas 'super intensive'
Kelas 'Super Intensive' adalah program yang direka khas untuk pelajar yang masih belum menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira), dimana kelas ini membantu mempercepatkan pelajar untuk mampu menguasai sepenuhnya 3M.
*Gambar sekadar hiasan
Pembelajaran 'one-on-one'
Pembelajaran 'one-on-one' kebiasaannya terdapat pelajar yang mahu diajar secara persendirian di kediaman mereka, dan kami akan menghantar tenaga pengajar yang terbaik untuk membimbing mereka. Ia juga untuk mengajar subjek diminta pelajar yang tidak diajar di premis kami.
*Gambar sekadar hiasan